Kami pun menganggukkan kepala kami tanda
bersetuju apa yang Along sampaikan.
Kami mula kemaskan barang-barang kami dan turun mengikut tangga dan mata kami liar untuk mencari benda yang boleh menjadi senjata kami untuk perjalanan kami.
Sebaik sahaja kami turun dari tangga, aku menjumpai batang besi yang patah dari serpihan pagar besi, hujung nya tajam dan terbentuk seperti bunga. Azam pun mengutip batang2 besi dan begitu juga dengan Along.
Pistol Glock ku simpankan di tepi pinggang ku, kerana itu sahaja yang aku mampu bawa disebabkan aku tidak mempunyai bag. Azam hanya membawa Fanny Pack nya. Di dalam terdapat peta, lighter, 14 batang rokok dan botol air. Along pula membawa bag sikut yang kecil dan di dalamnya mempunyai bekalan seperti minuman, makanan, rokok, lighter dan juga buku panduan pengakap.