SHAH ALAM: 4hb Februari 2018. Ahad.
Zubli Zainordin
Reputasi (54.2)
Hari 102
Pos number # 440
Dari Istana Atjeh Keluarga Kami terbuang dan merantau ke Perak Tanah Melayu.
Semasa Saya masih Kanak-Kanak banyak kisah dan teladan simpanan Khutub Khanah Istana yang sempat dibawa belayar bersama atau kekal tersemat dalam hati dan minda Baginda Datok and Nenda... diceritakan turun temurun, saban malam. Semasa itu 1963, Televisyen tiada di Bota. Cerita itulah Penglipur lara. Kisah dan Teladan penuh bermakna pada pendapat Saya.
Banyak sangat untuk Saya ceritakan ribuan Kisah dan Teladan dari Istana Atjeh. Namun ada Kisah Buah, Sayur, Pedang Sakti, dan Kapal Belayar Membeli Hikmah.
Semua itu kisah Memilih yang Terbaik.
- Bagaimana memilih Isteri Terbaik.
- Bagaimana memilih Suami Terbaik.
- Bagaimana memilih Pekerja Terbaik.
- Bagaimana memilih Majikan Terbaik.
- Bagaimana memilih Steemians Terbaik untuk Bekerjasama. Usah pilih Steemians yang sama-sama kerjakan Kita.
Reduan Abdullah, Insan Paling Mulia di dunia yang Saya temui. Walau pun ramai Insan Mulia, dulu kini dan selamanya, menarik diketahui ialah Reduan Abdullah Saya senaraikan kalangan di Puncak.
Sungguh banyak Informasi berharga di kongsikannya di sini:
https://www.facebook.com/reduan.abdullah.16?fref=ufi&pnref=story
Andaikata perkongsiannya sampai bertapak di sini, ramai Steemians akan dapat manfaatnya. Namun, biarlah Beliau selesa di mana pun Beliau utamakan perkongsian nya.
Andai tidak, Saya sendiri akan panjangkan dari Reduan Abdullah kepada Steemians di Steemit.
Setiap pos nya Saya baca tonton teliti setiap hari di Timeline Reduan Abullah di sana a Centralize Social Media Platform popular. Kata Saya, "Ini bagus..!" dan "Ini pun bagus..!" dan "Wah..! Ini bagus nya." Begitu lah, "Bagus." "Bagus." "Bagus." "Bagus." "Bagus." "Bagus."
Itu di sana, namun di sini... belum pernah Saya jumpa Steemian di Steemit yang begitu bernilai dan bermakna posting nya.
Seni Memilih
Seorang Putera Raja, kerabat Keluarga Kami, sudah temui jodoh dan bakal bertunang, dan bernikah...
Risal (Message) sampai memaklumi, dan Oyang Kami Haji Imam Abdul Hamid berpesan kepada bakal pengantin, di Istana sana ada 2 puteri sama cantik jelita. Satu cantik jelita, Kakak. Satu cantik jelita, Adik. Mana satu pilihan si Putera berkenan di hati..?
Si Putera tahu tahu sahaja lah, baginda mahu kedua-duanya sekaligus. Namun, firman Allah, aturan dua beradik tidak dibenarkan dinikahi.
Maka dititipkan, ambillah seorang sahaja. Seorang lagi persilakan Zubli Zainordin memperisterikannya. Chup chup chup, Zubli Zainordin belum dilahirkan lagi, maka persilakanlah Haji Alang Norman.
Tibalah waktu merisik. Keluarga di Raja Kami, ke istana berdekatan untuk melihat 2 Puteri sangat cantik jelita di taman itu, bagai bunga ingin disunting, mekar mewangi.
Haji Imam Abdul Hamid, Ketua Rombongan di Raja banyak membawa hadiah, dari Mekah, disebabkan Baginda bertahun tinggal di sana.
Menarik sekali dibawa bersama 2 Kotak. Satu Kotak Emas, dalamnya Patung Kayu Hitam. Kotak Emas ini belian dari Pekan Bota sahaja. Satu lagi Kotak Kayu Hitam, dalamnya Patung Emas bernilai tertinggi warisan Puteri Balqis isteri Baginda Sulaiman.
Puteri Cantik Pertama ambil satu kotak.
Puteri Cantik Kedua ambil satu kotak.
Putera pun menegur, boleh atau tidak Puteri Cantik Jelita Pertama menukar kotak dengan Puteri Cantik Jelita Kedua. "Tidak mahu!" jerit nya. Sebab..? Itu Kotak tiada nilai tinggi.
Sebulan kemudian Putera di Raja Keluarga Kami, mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran. Andai Tuan dan Puan Steemians bijak laksana, cuba beritahu Saya Putera itu berkahwin dengan Siapa..? Ya, yang mana satu daripada kedua Puteri Cantik Jelita itu yang dikahwini baginda Putera..?
Wanita Mulia ialah Cantik Jelita di Dalam dan Cantik Jelita di Luar.
Andaikata Belum Cantik di Luar, maka Cantik Jelita di Dalam.
Sekarang... perhatikan perkongsian Reduan Abdullah, Pisang Berkulit Cantik, dan Pisang Berkulit Bertompok Hitam.
Kemudian di Steemit perhatikan siapakah yang terus kekal dengan Projek Saya, dan siapa kah yang memilih tidak lagi bersama Saya, kerana Mereka memilih Projek yang lebih baik lagi bersama Steemian Lain.
Saya percaya:
Jodoh Pertemuan Ajal Maut Rezeki Pusaka Tanah Pusara
ditentukan-Nya.