Apabila Manusia lahir zahir ke dunia, terbahagilah mereka kepada 3 jenis atau golongan di Bumi-Nya.
Lelaki
Perempuan
Antara
Orang Filem menyebut:
The Good
The Bad
The Ugly
Pakar Motivator kata:
Those Who Make Things Happen
Those Who See Other People Make Things Happen
Those Who wonder what happen.
Bidang Sukan serlah:
Pemain yang menang
Pemain yang kalah
Penonton
Dalam Organisasi
Pemimpin
Pengurus
Pekerja
Kita boleh terus dan teruskan bincang... nampak 3 golongan jenis Manusia juga.
Siapa yang baca Al-Fatihah nampak 3 golongan juga.
Mereka yang dikurniakan-Nya nikmat
Mereka yang dimurkhai-Nya
Mereka yang sesat jalan.
Di akhirat kelak, 3 juga golongannya:
Mereka ahli Al-Jannah
Mereka ahli Neraka
Mereka di Al-A'raf.
Dalam Kehidupan ini:
syaithan telah perdayakan ramai manusia untuk hidup di lembah najis.
Mereka percaya Allah cipta diri mereka tidak pandai, bodoh. Banyak perkara mudah tidak boleh buat. Malas. Mudah penat atau capek. Ada cara tidak mahu ikut. Ada cara sendiri yang mudah menggagalkan diri sendiri. Orang lain dihina, dicaci, ditertawakan, perhubungan sesama manusia diputuskan. Apa yang syaithan suka itulah dilakukan mereka. Apa yang Allah murka itu dibuat mereka. Sering di jalan sesat.
Tidak dapat diperdaya ialah hamba-Nya yang ikhlas hidup di taman dunia.
Hidup mereka bahagia, aman, sentosa, damai, bahagia, riang ria ceria gelak ketawa senyum membuat kebaikan berkongsi kebaikan sebagai orang baik.
Mereka yang di hidup di jambatan, bau najis dapat dan bau bunga dapat. Ada kala baik ada kala buruk.