SHAH ALAM: 7hb Februari 2018. Rabu.
Zubli Zainordin
Reputasi (54.5)
Hari 105
Pos nombor # 454
Ada pertimbangannya.
Pemilik Steemit.com membenarkan Seseorang yang ingin mempunyai lebih daripada satu akaun Steemit.
Anda dibenarkan membuka dan mempunyai lebih daripada satu akaun.
Pertimbangannya:
Pertama:
Satu akaun Anda Pemilik Steemit membayar sewa ruang tapak blog Anda di Steemit.
Selain daripada Akaun itu, bukalah berapa pun Akaun, tapi sewa ruang anda bayar sendiri.
Kedua:
Mampukah Anda memenuhi keperluan asas satu akaun di Steemit..?
Semua akaun Anda gerakkan sama rancak sebagai strategi niaga.
Jika tidak, Anda hidup tapi semua akaun sebaliknya.
Ketiga:
Steemians lain tak kisah pun.
Namun ada Steemians yang marah kerana dengki.
Pada nya dia dapat satu mangkok daripada Kolam ganjaran Steemit.
Anda dapat lebih daripada satu.
Kerjanya senaraikan semua blogs Anda di Steemit, hebah kepada lain-lain Steemians.
Ibarat penjaja berita di kampung,
Tidak senang melihat lelaki lain beristeri empat.
Bukan main lagi seronok ya..?
Apatah lagi Wanita yang Empat Suaminya..!