hello guys, kita berjumpa lagi dan kali ini saya akan kongsikan resipi ketam masak asam manis serai.ok mari kita check resipi di bawah ini.senang sahaja ini guys..ok ready.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ketam 3 ekor yang sudah dibersihkan
- Dua batang serai yang di ketuk
- Bawang putih 3 ulas.
- Bawang merah 2 ulas(boleh diganti dengan bawang besar 1 biji)
- Gula secukupnya
- Sos tiram 1 sudu makan
- Garam secukup rasa
- Air masak
Cara-cara memasak:
~ Goreng ketam dengan minyak sampai kuning,angkat ketam dan asingkan.
~ Letak sedikit minyak masak dan masukkan bawang putih,bawang merah serta serai tumis sehingga naik bau.
~ lalu tuangkan air asam jawa,sos tiram,gula,garam. terakhir masukkan ketam dan masak 5 minit.
~ Test rasa sehingga cukup rasa dan ketam masak asam manis serai siap dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA MASAKKAN INI YANG MENGGODA SELERA KITA SEMUA............................................