Kawan-kawan sekalian. Buat kali ini saya menggunakan Bahasa untuk membuat komunikasi diantara komuniti(komunitas) sahabat Malaysia dan Indonesia, kerana saya ingin memberi sumbangan kepada pembangunan blogger berbahasa di Malaysia dan Indonesia. Oleh itu, saya ingin pakai peluang ini untuk membuat suatu persembahan pelan dan resolusi untuk tahun baru 2020 ke depan.
Saya sudah giat membuat kajian teliti dengan sejak beberapa bulan dahulu, untuk mendapat tahu macam mana kita boleh membangunkan komuniti kami dengan cepat dan cekap, walaupun tiada penaja dari mana-mana bahagian sokongan dari pegawai #steem. Namun, kami tidak berputus-asa, sedangkan kami berdua mendirikan SP sendiri dan telah mendapati simpanan STEEM yang cukup untuk menajakan kontes sepanjang tahun depan di 2020.
Kontes laporan bulanan merupakan kontes berbuka untuk semua Steemian yang membuat karangan dalam Bahasa(tidak semestinya Bahasa Malaysia atau Bahasa Indonesia). Setiap steemian adalah digalakkan untuk membuat laporan bulanan setiap bulan pada tahun 2020. Semua karangan dan postingan harus menggunakan tag #hasil2020
Untuk memulakan laporan, steemian harus membuat resolusi(wawasan) untuk tahun depan, seperti di tahun 2020, saya ingin membesarkan akaun(akun) ke tahap minnow 500sp, 1000sp, 5000sp? Macam mana boleh mencapai? Setiap bulan berapa keuntungan? Setiap hari mesti buat postingan satu kali. Setiap posting mesti mempunyai sekurang-kurangnya 80 perkataan. Gambar-gambar yang digunakan dalam postingan harus bebas dari hak cipta(copyright), ambil gambar sendiri atau pakai gambar percuma dari Pexels, Pixabay, Unsplash atau Canva. Semua penggunaan gambar percuma hendaklah diberi kredit dan pautan asal seperti begini.
Gambar asal dari Pixabay
Kod yang dipakai seperti begini. Pautan yang anda menggunakan dari laman Pixabay harus berpadu dengan gambar yang digunakan.
Gambar asal dari [Pixabay](https://pixabay.com/illustrations/digitization-transformation-4689530/)
Mungkin anda tanya, mengapa kita harus buat laporan? Kerana, ramai yang membuat resolusi, tetapi mereka gagal mencapai resolusi mereka setiap tahun, kerana mereka tidak ikut laluan sakses yang betul, ataupun resolusi terlampau untuk dicapaikan. Oleh itu, jika kita merujuk balik resolusi kita, kita akan dapat tahu berapa jauh jarak kita dari kesaksesan kita.
Jadi, mari kita menetapkan sasaran tahun 2020. Dengan sasaran besar itu, kita memecahkannya kepada 12 sasaran kecil, and kita cuba mencapai sasaran kecil setiap bulan. Pada mana-mana bulan jika kita rasa sasaran terlampau senang dicapai, kita boleh membuat pelarasan untuk meningkatkan kesukaran supaya kita boleh menjadi lebih besar.
Hadiah
Untuk tahun hadapan, saya dengan telah menyediakan hadiah untuk mereka yang mengambil tindakan untuk meningkatkan SP, dan mereka yang membuat laporan sakses pada setiap bulan. Mereka yang berjaya menarik perhatian kurator, iaitu saya atau
akan diberi 3 jenis hadiah.
Steemian yang membuat laporan teliti, selalu mengemaskini, pantul balik laluan sakses, saya akan menggunakan 20 steem sebagai kolam hadiah. 20 laporan yang terpilih pada minggu pertama setiap bulan akan dapat 1 steem.
Mereka yang menggunakan #esteemapp untuk buat postingan mungkin akan dapat upvote dari saya sendiri atau
, atau kedua-dua kami akan upvote.
Saya akan mengeluarkan 30 steem setiap bulan, untuk postingan yang berjaya menarik perhatian saya atau
, seorang dari kami akan memberi 0.1 steem setiap hari jika anda buat postingan. Jangan pandang rendah 0.1 steem, satu bulan 30 hari sudah 3 steem. Satu tahun 12 bulan sudah 36 steem.
Itu sahaja yang saya ingin mempersembahkan. Cuba bayangkan, 20 steem untuk mereka yang buat laporan teliti, 30 steem untuk mereka yang rajin buat postingan yang menarik, setiap bulan saya akan mengeluarkan 50 steem, belum kira upvote lagi. Siapa lagi akan bayar 50 steem setiap bulan? Iaitu 600 steem untuk satu tahun. Itu yang saya ingin buat komitmen untuk mereka yang buat karangan Bahasa.
Akhirnya, jikalau kamu ingin upvote postingan ini, saya rasa gembira. Tetapi saya akan rasa teruja jika anda resteem posting ini dan tinggalkan komen bagi saya. Mereka yang resteem untuk memperkenalkan program ini kepada kawan sila tinggalkan komen memberitahu saya. Saya akan bayar tip. Sokongan komuniti(komunitas) Bahasa adalah penting. Sekiranya tiada orang yang menyertai solusi perkembangan, maka 600 steem yang saya sudah sedia itu tidak dapat dibayar keluar.
Masa dirancang dengan teliti,
Tidak terbuag tanpa tujuan.