Salam Ramadhan semua, alhamdulillah hari ini kita masih diberi peluang untuk menyempurnakan puasa yang ke 11. Cepat benar masa berlalu. Alhamdulillah, semalam sy dan sekeluarga dapat berbuka puasa bersama dengan papa dan keluarga adik saya di Hotel Pullman Bangsar. Semoga keluarga adik sy di murahkan rezeki selalu.
Alhamdulillah, ini pengalaman pertama bagi saya dan anak2 untuk berbuka puasa di sini. Lauk pauk yang di sediakan banyak pilihan dan sedap2 belaka. Anak saya yang sulong paling seronok kerana rambang mata untuk memilih makan di sana.
Di sini saya sertakan gambar pelbagai juadah yang di sajikan di hotel Pullman Bangsar.
Kambing golek nie paling menggoda dan sedap.
Siap ada durian lagi memang kegemaran saya dan anak2 tp bukan suami saya hehe
Bahagian nie kegemaran anak saya, hampir 2-3 kali ulang alik
Ada live band juga dan pilihan lagu best2 juga.
Yang ini pun kegemaran anak saya juga
Muka kami yang kekenyangan
Ini adik saya, macam kembar kan.
Posing sebelum pulang.
Kami beredar pulang sekitar jam 9malam. Kemudian kami ke Uptown Shah Alam untuk membeli seluar jeans dan sandal raya untuk anak2 saya. Terima kasih banyak2 adikku kerana belanja kami sekeluarga. Semoga dimurahkan rezeki selalu.