Salam ramadhan yang ke 13, hari ini adalah cuti umum sempena Hari Wesak. Semalam saya teringin hendak makan kueh tiaw penang style yg halal. Selalunya jika masak sendiri memang tak jadi, kueh tiaw hancur la..rase kurang enak. Kali ini sy berguru dengan youtube cara-cara masak kueh tiaw dengan betul. Baru saya tahu memang selama ini cara saya masak memang salah. Alhamdulillah semua bahan2 ada di dapur. Saya akan tunjukkan cara saya masak kueh tiaw penang style.
Bahan- bahan;
Kueh tiaw( agak2 cukup untuk 3 orang makan)
12 ekor udang sederhana
3 ulas bawang putih( cincang halus)
Taugeh
Daun bawang(kucai pun boleh)
3 biji telur
Minyak masak
Ramuan sos( campurkan semua dlm satu bekas)
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap manis
1 sudu sos ikan(pilihan)
2 sudu sos tiram
1 sudu cili kisar(jika taknak pedas tak payah letak)
(Saya buat 2 versi sos sbb anak tak makan pedas)
**Tak perlu garam kerana sos da cukup masin
**Pastikan ramuan dan bahan2 semua sedia sebelum mula kan memasak
Cara-cara
- Pastikan masak untuk 1 org nyer portion dahulu sbb jika masak byk2 nnt tak jadi.
- Panaskan minyak masak dan masukan 1 ulas bawang putih dan 4 ekor udang. Masak hingga udang bertukar warna merah.
- Masukkan kueh tiaw, 1 sudu ramuan sos, taugeh dan daun bawang. Kacau laju dan api kena besar.
- Kecilkan api, masukkan telur. Kueh tiaw td ketepi kan sedikit.
- Kemudian kacau telur sekali dengan kueh tiaw dan siap.
- Enak di makan ketika panas2. Saya masak 15 minit sebelum berbuka.
Selamat mencuba.