Hari minggu yg sejuk2 nie tetiba ada idea nk buat pulut kuning dengan rendang ayam. Semangat bangun awal2 arinie utk buat persiapan nk masak. Di sini sy ada sertakan resepi serta cara2 utk memasak pulut kuning serta rendang ayam. Mungkin cara saya agak berbeza dengan cara anda semua tak kisah lah janji sedap kan.
Sebelum masak pulut kuning, perlu rendam dahulu pulut yang di campur dengan serbuk kunyit serta sekeping asam keping. Saya rendam pulut semalaman bergantung jenis beras pulut yg anda gunakan. Ini bertujuan untuk melembutkan pulut tersebut. Maaf la gambar tak sempat ambil dan saya memang tak berapa pandai masak pulut. Saya lebih gemar menanak pulut menggunakan periuk nasi berbanding kukus mungkin kerana kurang renyah. Cara saya masak pulut adalah dengan memasukkan pulut yg telah direndam kemudian tambah garam, santan , daun pandan serta minyak masak sedikit. Kacau dan dibiarkan masak dalam periuk nasi elektrik. Perlu diperhatikan serta kacau supaya sebati.
Sekarang saya akan tunjukkan persediaan untuk memasak rendang ayam.
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
*5-6 ulas bawang merah kecil
*1 ulas bawang putih
*1/2 " halia
*1/2"kunyit hidup
*1/2" lengkuas
*Segenggam cili kering(yg telah direndam dgn air panas)
2 sudu kerisik( lebih baik bt sendiri dari beli yg dah siap)
1/3 kotak santan
2 btg serai diketuk
Sehelai daun kunyit
Sekeping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Mula2 kisar halus bahan bertanda *. Jika sukakan pedas boleh tambah cili api.
Panaskan minyak dalam periuk
Masukan serai kemudian bahan2 yg dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukan asam keping dan kacau sebentar.
Kemudian masukan ayam dan kacau supaya tidak hangit
Pastikan ayam empuk baru masukan santan, daun kunyit dan kerisik. Kacau sebati.
Masukan garam serta gula secukup rasa.
Siap!
Selamat menjamu selera semua. Selamat berhujung minggu. Nanti di post yang lain saya tunjuk cara utk membuat kerisik ya.